Friday, February 15, 2013

10 Fakta Menarik Buah Durian


durian !


actually saya ni sebenarnya hantu durian, kalau musim durian , mesti balik kampung sebab atuk saya ada dusun durian. :) nak ke ? jom buad rombongan ke kampung saya. kampung saya dekat johor , tapi dusun nya dekat melaka. harap maklum ya. tapi jangan marah tau kalau bila korang sampai tengok2 semua durian dah habis. saya makan. wikwikwik. meh nak cerita sikit pasal durian ni.

tinggi kalori?
Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. jangan cakap kalau diri sendiri tak sure tau.

Tigggi Kolesterol?
Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan. haiwan je tau.

Tiada nilai nutrisi?
Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus. jom makan durian :)

Tinggi lemak?
Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

Tinggi gula?
Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.

Panaskan badan?
Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan :)

Tidak sesuai untuk diabetes?
Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

Kurangkan stress?
Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

Jangan makan berlebihan?
Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment