Saturday, April 13, 2013

lanskap rumah

semperna minggu akedemik ni, sekolah buat pertandingan buat lanskap rumah :) pertandingan ni khusus untuk budak2 LK je tau. special sikit kiteorang ni :) *batak kejap. masa yang cikgu bagi 3hari je kot. memang taksempat lah kan. sekali cikgu bagi masa lagi 2hari. alhamdulillah :) so kiteorang edit2 lah :) nak tengok ke hasil nye ? hee :D ni amek :)


lianajasri, hidayah ismail, my mom, abang ipar dayah :) thanks all !

kepada kawan2 saya , buat elok2 tau. tapi jangan lah cantik sangat. bagilah kiteorang yang menang :) hee

untuk juliatul pulak, aku dengan dayah mintak maaf sangat2. aku takde maksud jahat pape :( kiteorang just salah sangka. hope kau maafkan aku :) loveyou forever !

Saturday, March 9, 2013

lawak lawak !

assalamualaikum :) hai. lama tak update blog ? --' pergi lah update blog anda tu. kesian dia. dah bersarang dah agaknya. pergilah usha sikit :) hari ini aku nak cerita something yang LAWAK. ehem2. *sakit tekak pulak. :p

semalam ibu suroh kemas rumah. dia kata ada orang nak datang. bila aku tanya siapa dia takjawab pulak. macam macam dia suroh aku buat . nah , amek ni

angah ! siapkan cepat
1. basuh simen belakang
2. buang sawang dekat syiling
3. tukar langsir
4. mop rumah
5. jemur baju
6. kemas dapur
7. dll

huh ! banyak kan ? nak mati aku menyiapkan nye. agak agak nya siapa yang nak datang ea ? hmm. sila fikir sekarang.

(krik-krik)

dah2. sudah sudah lah memikirnya tu. aku pon takdapat jawapan lagi. tapi aku buad andaian PM yang nak datang. maklumlah , mak aku ni kan orang kuat umno. syyhhh ! takpayah nak berpolitik sanagt lah yana ! keyh2. *betulkan baju. then, aku buat jelah semua yang dia suroh tu. taklama tu orang nya datang

aku dekat dalam rumah masih lagi blur. tiba2 ada bunyi lori. huh ? lori ? takkan PM datang naik lori kot. rumah aku bukan dekat pendalaman pon. jalan pon baru je tar ni. bila dah dengar bunyi lori tu, aku intai lah dkt tingkap. terpampang besar besar tulisan INDAH WATER dekat lori dia. ala, yang khidmat sedut tut tu. pergh ! punya lah bengang. dia suroh aku kemas bagai nak gila tengok tengok orng INDAH WATER. haih. memang, memang bagus.
HABIS~

Saturday, February 16, 2013

wawasan 2020



untuk classmate saya. ni wawasan 2020. so korang takpayah nak search dekat wikipidia lagi kan. sambil2 tu kita renung2 kan lah wawasan 2020 ni ye. hargai semua usaha bapa2 kita. :) nah amek ni. copy > paste > print. dah siap :)

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Friday, February 15, 2013

kerepek ubi

makan makan makan
s
Bahan-bahan;
Ubi Kayu
Garam
Minyak

Cara-cara membuatnya;
1. Kopek kulit ubi kayu dan bersihkan.
2. Kemudian sagat ubi nipis-nipis di dalam besen yang berisi air garam.
3. Toskan ubi sekejap
4. (Boleh juga agat ubi terus kedalam minyak yang panas dan ditabur sedikit garam )
5. Goreng ubi dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.

10 Fakta Menarik Buah Durian


durian !


actually saya ni sebenarnya hantu durian, kalau musim durian , mesti balik kampung sebab atuk saya ada dusun durian. :) nak ke ? jom buad rombongan ke kampung saya. kampung saya dekat johor , tapi dusun nya dekat melaka. harap maklum ya. tapi jangan marah tau kalau bila korang sampai tengok2 semua durian dah habis. saya makan. wikwikwik. meh nak cerita sikit pasal durian ni.

tinggi kalori?
Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. jangan cakap kalau diri sendiri tak sure tau.

Tigggi Kolesterol?
Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan. haiwan je tau.

Tiada nilai nutrisi?
Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus. jom makan durian :)

Tinggi lemak?
Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

Tinggi gula?
Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.

Panaskan badan?
Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan :)

Tidak sesuai untuk diabetes?
Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

Kurangkan stress?
Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

Jangan makan berlebihan?
Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.

Tuesday, February 12, 2013

bestnya !

assalammualaikum semua :)maaf saya lambat update blog ni. hari ahad lepas saya g sungai congkak dengan family. best gila. rasa macam taknak balik je. dekat sana ada macam macam benda yang jadi. sedih, happy, kelakar, semua lah. takut tak cukup masa je nak cerita semuanya. tapi takpa2. sedang mencuba. 1. kisah sedih. ayah kesayangan saya tak join mandi sekali :'( sedih gila. dia just hantarkan kiteorang je. sebab dia ada kerja. sob2. sedih ya amat sangat. *overjap. haha. 2. kisah happy yang ni semua orng tahu kan, mestilah best dapat mandi manda dengan family kan, huk3. nak join ? mana boleh. siap suroh tak datang sana :p ptg pkol 5 lebih , kiteorng bertolak pergi makan ikan bakar. sedap gila ! nak try ? pegi lah sana. tapi sediakan duit poket yang mencukupi tau. takot nanti takpasal2 kena basuh pinggan pulak kan. 3. kisah kelakar sumpah kelakar gila nak mati . haha . ada lah satu couple ni mandi2 dekat sungai congkak tu. then, bila dia dah siap mandi korang tahu diorang tukar bju dekat mana ? hahahaha. dia tukar baju dekat2 dengan pokok. kalu ye pon nyorok lah sikit kan . ni tak. dia tukar baju dekat depan orang ramai. mula2 pakwe dia tukar baju pakwe nya tolong pegang kan tuala. ingatkan ya si makwe tu nak tukar dalam toilet rupa2nya dia pon tukar kan situ jugak. omg!!! memalukan kaum hawa lah gila ! semua benda nampak. Haiyooo ! taksegan ke budak2 ramai kat bawah tu. tulah. jangan lah kita pon buad macam tu yee. memalukan orang melayu je kott . huhu ! tambah dosa aku tengok diorang tu. btw, ni ada gambar2 sikit akunak share :) HABIS~

Saturday, February 9, 2013

sungai congkak

hai korang. cuti chineese new year ni korang g melancong mana ? copppp3, kalau nak story morie g update blog masing2 g. ni blog aku, so anda semua kena lah baca cerita aku dulu

cuti ni aku g sungai congkak je. taksempat nak g jauh2. sungai congkak pon jadilah kan. kt sungai congkak tu best lah jugak. bayaran masuk pon tak mahal langsung. cuma RM2.00 bagi setiap orang. kalau nak bawa masuk haiwan tu aku taktau lah pulak macam mana byaran nya . sheley dia pon tak mahal sangat. cuma RM150.00++ per malam. tapi takpasti sebab dah lama tak pegi.

pastu dah alang2 sampai kat hulu langat tu kan , terus lah try makan ikan bakar dekat SRI NEKAD. kalau dah sampai kat situ jangan terkejut pulak tau. tempat nya memang tak seberapa n kenyataan nya memang banyak nyamuk. TAPI aku berani jamin. ikan bakar nya sedap gila. menu paling sedap talapia belada. cuba lah . kalau nak g jangan lupa bawa ubat nyamuk tau.
HABIS~